2010/11/26

Bahaya istilah: “Alam Semula Jadi”.

Sebahagian orang ada yang menggelar alam ini sebagai “alam semula jadi”. Contohnya, ketika berkelah di taman, mendaki gunung, meneroka hutan atau berdayung, ada di antara kita yang berkata “Kami sedang mengecapi kecantikan alam semula jadi” atau “Sungguh indah alam semula jadi ini”. Selain itu ada juga yang menggelar alam ini sebagai “Mother Nature” kerana terikut-ikut kepada gelaran yang biasa digunakan oleh orang Barat. Sebenarnya ini adalah gelaran yang salah kerana alam ini tidak terjadi dengan sendirinya. Alam ini adalah ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah berfirman:





Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. [al-A’raaf 7:54]


Malah keindahan alam ini sepatutnya menjadi faktor yang mengingatkan seseorang kepada penciptanya, tidak sebaliknya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala mengingatkan kita:

 Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):

“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” [Ali Imran 3:189-191]

Oleh itu tidak sepatutnya kita menggelar alam ini sebagai "semula jadi”, tetapi sebutlah ia sebagai “alam ciptaan Allah..

*perkongsian dari fb*

2010/11/22

Adab Ketika Menguap



Huduh betul kalau tak tutup mulut.

Adalah menjadi kebiasaan bagi kita semua untuk MENGUAP. Kita biasanya akan menguap apabila mengantuk dan tak cukup tidur. Mengikut sains, menguap dikatakan berpunca daripada kekurangan oksigen.
Saya bukanlah menolak penerangan menurut kajian sains tu. Yaa, tak cukup oksigen mungkin menyebabkan kita rasa mengantuk dan seterusnya menyebabkan kita menguap.

Tapi kenapa ramai diantara kita ni akan mudah sekali menguap apabila membaca buku-buku pelajaran, buku-buku agama atau dengar ceramah agama. Perasankah kita, kita ni mudah sekali menguap apabila kita membuat perkara yang kita kurang gemar. Jarang sekali kita rasa mengantuk dan menguap apabila kita menonton movie atau drama yang kita suka. Atau bagi yang lelaki, masa tengok bola. Walaupun dah lewat malam, tapi tak rasa mengantuk dan tak menguap pun. Kenapa yer? :)


Kali ini, saya ingin membawa kepada anda satu persoalan. Tahukah kita bahawa Agama Islam ada mengajar cara-cara dan adab-adab bagaimana untuk menguap? Apakah adab-adab menguap itu?
Sukacita saya ingin berkongsi dengan anda tentang adab-adab menguap seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW.
Berikut ini adalah beberapa adab menguap.

1. Menahan menguap sekadar termampu:
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Ta’ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan ‘Alhamdulillaah’, maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan ‘Yarhamukallaah!’. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).
Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.
Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a., katanya: Telah bersabda Rasullah s.aw. yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.
Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengamalkannya....

Adab ketika mendengar Azan


Mengapa lidah kelu disaat kematian? Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak diketahui. Marilah kita bersama-sama amati.
Mengapa orang yang dalam keadaan nazak, tidak dapat berkata apa-apa. Lidah kelu, keras dan hanya mimik muka yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: ” Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidah ketika maut menghampirinya.”
Ini dengan jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan sedang berkumandang. Sebagai orang Islam, kita wajib menghormati azan.


Banyak fadhilatnya.


JIka lagu kebangsaan kita di ajar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan kita tak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir, maka kita tidak dapat mengucap kalimah syahadah… yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut, Allah dgn izinNYa menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita bersama menghormati azan dan memohon agar lidah tidak kelu semasa nyawa sedang ditarik. ” Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah’ Lailahaillallah… ‘ semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin.. Amin.. Yarabbal A’lamin”
Wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali r.a… ;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya :
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
Tidak terpesona dengan pujuk rayu
Benci terhadap perbualan dan perkataan yang sia-sia
Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tandanya:
Jujur dalam berkata-kata
Menjauhi yang haram
Merendah diri
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu 3 tandanya:
Merahsiakan ibadahnya
Merahsiakan sedekahnya
Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai ALi, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tandanya :
TAkut berlaku dusta dan keji
Menjauhi kejahatan
Memohon yang halal kerana takut jatuh kedalam keharaman
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
Mengawasi dirinya
menghisab dirinya
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM50 begitu besar bila dibawa untuk derma ke masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 min terasa begitu lama untuk berzikir tetapi betapa singkatnya waktu untuk pertandingan bola sepak… Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya
Wallahualam…

Adab-Adab Sebagai Seorang Muslim


Bersama ini dikirimkan santapan rohani yang banyak terdapat dalam blog-blog lain agar ia menjadi iktibar dan peringatan kepada kita.
1. Berusaha tidak bersendawa, menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau makanan yang membanyakkannya. Dan jika tidak dapat dihindari, bersendawalah dengan suara yang ringan, kemudian bacalah istighfar sesudah sendawa.
Daripada Abu Juhaifah katanya,”Aku memakan kepingan roti dan daging kemudian aku mendatangi nabi lalu aku sendawa. Beliau bersabda, pendekkan sendawamu kerana sesungguhnya orang yang paling lapar pada Hari kiamat kelak ialah orang yang paling kenyang di dunia.”
2. Memotong kuku tangan dan kaki sekali setiap minggu. Janganlah memanjangkannya walaupun sebahagian darinya kerana dikuatiri tersimpan najis dan perbuatan demikian menyerupai haiwan yang buruk.


3. Memotong rambut setiap kali ia panjang, menjaga kebersihannya dan menyisirnya selalu, yakni jangan pula sampai berlebih-lebihan (tidak membiarkannya dan tidak pula menumpukan perhatian kepadanya)
4. Mengutamakan bahagian kanan, yakni mendahulukan kanan dalam semua perkara yang mulia, seperti ketika mandi, berwuduk, menghormat, berjabat tangan. memakai pakaian atau kasut, memotong kuku, mengambil dan menerima pemberian, makan dan minum. Mengutamakan bahagian kiri yakni perkara yang tidak mulia, seperti membuang ingus, meludah, menanggalkan pakaian dan kasut beristinjak, dan menyentuh aurat. Daripada Aisyah katanya, Rasulullah s.a.w menggunakan tangan kanan untuk bersuci dan makan, sedangkan tangan kiri untuk bersuci dan yang kotor-kotor.
5. Jangan menghadap kiblat ketika meludah, membuang ingus dan kahak, tapi hendaklah ke arah kiri dan pada saputangan yang khusus supaya tidak mengganggu orang lain.
6. Mengalihkan wajah ketika bersin dari muka manusia, dan dari makanan dan minuman agar percikan ingus tidak mengenai orang lain, dan meletakkan saputangan atau tangan ke mulut, memperlahankan suaranya sedapat mungkin.
Daripada Abi Hurairah katanya, Apabila Rasulullah s.a.w bersin, beliau meletakkan tangannya di mulutnya dan dengannya suaranya menjadi tidak kuat.
7. Memuji Allah sesudah bersin.
8. Orang yang bersin dan memuji Allah hendaklah dijawab dengan (yarhamukallah) dan orang yang bersin pula menjawabnya dengan doa yang berikut (yahdikumullahu wa yushlihu balakum)
9. Meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut. Juga disuruh mengurangkan suaranya, dan jika dapat, jangan sampai mengeluarkan suara. Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah kerana menguap adalah bukti kemalasan. Oleh itu Allah tidak menyukainya dan menyatakan bahawa ia disebabkan syaitan.
Dari Abu Hurairah bahawa nabi bersabda, “Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan ”Yarhamukallah”. Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika salah seorang dari kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya sedapat mungkin kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya.”
10. Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.
11. Mengingat Allah dan bersyukur kepadaNya ketika berkaca (melihat wajah di cermin) kemudian berdoa dengan doa yang warid dari nabi : ”Segala puji bagi Allah, sebagaimana engkau elokkan kejadian aku maka elokkanlah akhlakku.”
12. Menggunakan telefon bila perlu sahaja, bukan untuk bermain-main, bergurau atau untuk mengejutkan orang lain, dan bertelefonlah pada waktu-waktu yang sesuai, awali percakapan dengan salam, mengenalkan diri, kemudian menyebut maksud.
13. Membiasakan diri dengan amal yang salih, seperti beribadah, bersedekah, sembahyang unat, menghampirkan diri kepada Allah, berzikir dan membaca Al-Quran. Jangan meninggalkan demikian kerana malas, enggan atau kesibukan dunia.
Daripada Aisyah katanya, amalan yang disukai Rasulullah ialah amalan yang terus menerus dilakukan seseorang.
14. Meninggalkan berlebihan dalam segala suatu, tidak melakukan suatu yang tidak berguna, selalu memperbaiki diri dan berusaha memperbaikinya.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda ”Sebahagian tanda kebagusan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak dimaksudnya.
15. Memberi nasihat kepada orang yang mengenali kebaikan, yakni dengan nasihat yang baik bagi orang itu samaada pada agamanya atau dunianya.
16. Menerima nasihat orang lain, mahu mengakui kebenaran dan kembali semula kepadanya, juga mengakui kesalahan diri sendiri jika memang benar sudah salah, dan jangan berterusan padanya, kerana kebenaran itu ialah barang orang mukmin yang hilang, yang terus dicarinya dan akan berterima kasih kepada orang yang menyerahkannya kepadanya serta memuji setiap orang yang sudi memberi nasihat.
17. Membiasakan hidup sederhana, mensyukuri yang sedikit, dan meninggalkan hidup bermewah-mewah dan bersenang-senang di dunia kerana sifat itu menjauhkan diri dari takbur dan ujub serta selamat dari sifat sombong, memuji-muji diri dan angkuh.
Dari Aisyah katanya,”Tikar Rasulullah s.a.w diperbuat dari kulit yang disamak setelah dipenuhi dengan sabut.”
18. Ikhlas kerana Allah dalam semua pekerjaan, menjadikan matlamat utama dari kehidupan sebagai syiar orang mukmin yang diletakkannya di hadapan dan terus menerus mengulang-ulang sebutan ”Oh Tuhanku, Engkaulah tujuanku, dan Redamulah yang ku cari”.
Sekian, wassallam.