2010/11/20

Dari Email : Kisah Empat Pengantin Baru

Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Lin pegi
honeymoon ke Pulau Langkawi, Azie ke Pulau Tioman, Suri ke Pulau Kapas dan Murni ke Pulau Perhentian. Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, ‘nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas,padat dan cepat.’ panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.
Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Lin yang bertulis ‘Standard Chartered’ . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yangbertulis ‘Besar, teguh dan peramah’.. Bahagialah Si Lin rupanya..



Esoknya terima pula surat Azie yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir’ Bahagialah Si Azie rupanya… Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Suri bertulis KFC’. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’… Bahagialah Si Seri rupanya…
Seminggu berlalu, tiada surat dari Murni, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu… tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Murni dengan isi kandungannya ‘AIR ASIA ‘. Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu…??



‘7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. TANPA HENTI’



Kisah tamat

Pengalaman Manusia Di Alam Bunian



nora-danish-tudung




Assamualaikum Wrbt…
Kini teknologi terbaru, televisyen hanya mempunyai kawalan jauh melalui pergerakan tangan sahaja. Besok-besok kenyit mata sahajakan. Semuanya pelik tapi benar. Teknologi seperti ini sungguh hebat sama juga seperti wifi (wireless), GPS, 3G, infrared, jalur lebar, penghantaran data, penghantaran bunyi melalui udara juga adalah tergolong dalam perkara-perkara ghaib. Selain itu juga oksigen, udara, virus, atom-atom, molekul, h1n1 juga adalah benda halus tidak nampak oleh mata kasar. Jadi kepada kepada tak percaya perkara-perkara ghaib sila tekan Alt+F4.
Sebenarnya ini yang aku ingin bentangkan (:




Semalam aku tertengok cerita bersiri TV3 dilakonkan oleh Nora Danish “Sumpah Bunian”. Bunian (Nora Danish) tersebut terlalu cinta dengan manusia dan sanggup berbuat apa sahaja termasuk meninggalkan keluarga buniannya dan hilang anugerahnya iaitu kuasa magik. Kemudian Bunian tu menjadi manusia biasa dan tidak mempunyai apa-apa. Dan kemudian bersambung. Hampehje.. baru nak tengok dah habis..
Selepas itu aku terfikir, aku macam pernah jumpa orang bunian tu sewaktu dulu. Ceritanya begini, dulu masa aku ingin berpindah ke rumah baru, kira berkemas-kemaslah nak pindah. Di rumah yang aku duduki sejak kecil itu, aku nampak seorang wanita berpakaian putih dari atas hinggalah ke kaki (meremang bulu roma aku nak taip benda ini). Dan yang pasti kelihatan wanita tersebut bertudung dan bajunya putih seperti bernyala dan bercahaya. Kenapa dia tunjukkan diri semasa aku ingin pergi? Pelik jugak.. dia sedih kot aku nak pindah. hehehe.. Aku juga tidak pasti siapakah dia? adakah bunian, penjaga rumah, penunggu atau yang lain-lain? Sebelum berlaku itu juga, ada saudara aku pernah menginap di rumah lama aku itu dan terjumpa seperti seorang lelaki berpakaian penuh hitam seperti pahlawan ketika hendak minum air yang terjaga dari tidur. Cerita menjadi tanda tanya lagi apabila mak aku juga pernah menjumpai lelaki berpakaian hitam tersebut. Mak cakap kau jumpa isterinya dan kitaorang jumpa lakinya. Wallahullam.
Aku terfikir-fikir lagi selepas tonton cerita itu.. dan aku terus google “bunian jadi manusia”. ahahhaa… kelakar je.. Kemudian aku terjumpa satu blog mengenai intisari bunian dan paling menarik sekali adalah komen pengunjung yang pernah berjumpa dengan orang bunian ini. Antaranya Shamsul, Wannie dan Rahimah. Komen beliau sangat menarik dan mari kita baca sebagai pengetahuan dan ikhtibar dan dimulakan dengan maksud bunian.
Maksud Bunian oleh Dr. Jahid Sidik
Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.
Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.
Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna, kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.
Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.
Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad), katanya.
Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian.
Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.
Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini, katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.
Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.
Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu, katanya.
Komen oleh Shamsul
shamsul, di April 30th, 2008 pada 11:47 am

saya dah masuk ke alam bunian 2,3 kali best jugak banyak perbezaan dari alam kita.penduduk disana tolong-menolong dan byk lg.tiada hasad dengki.itu perkampungan bunian islam.memang betul waktu disana sekejap tp di alam manusia lama.byk lg yang saya tahu tp cukup setakat tu.
shamsul, di April 30th, 2008 pada 3:09 pm

mereka juga menggunakan duit yg sama spt kite.mkn,minum dsb.cume kt x nampak mereka.cuace tempat mereka sejuk sedikit dan berkabus sikit.teknologi mereka sama mcm kite.
shamsul, di Mei 7th, 2008 pada 3:49 pm

ini adalah anugerah allah.saya tak tahu ia dtg dari maner.saya tak belajar dari sesiapa pun tp ia dtg sendiri selalunya semasa tidur. dulu pernah menumpangkan seorang lelaki sekitar umur 50an wajahnya ceria je.disuruh saya menghantarnya ke satu dlm kul 12.30 pg.nampak mcm dlm kesusahan saya pun dgn rela hati menghantar saudara ni menaiki motor ke tempatnya adalah pelik sekali mula2 tu oklah tempat tu mcm kita gak tp yg peliknya laluan motor je yg boleh lalu tp terdtp lori besar yg masuk.sejak tulah saya dpt msk ke alamnya semasa tidur saya.tp seolah2 saya terjaga dan rasa mcm spt alam kita.dpt melihat org2nya kehidupan meraka dan bermcm lg.yg penting saya dpt berjumpa dgn penghulunya dialam tu.nak masuk ke alam tu ada syaratnya.nantila saya akan cerita dan berkongsi bersama2 apa yg telah saya lalui.ini bukan tipu tetapi adalah benar sama sekali.ini adalah satu anugerah allah kpd saya.alhamdulillah..yg penting org2 tu semuanya beragama islam.
shamsul, di Mei 9th, 2008 pada 5:52 pm

terima kasih pada saudara2 kerana sudi ingatkan saya.nanti sekiranya ada terlebih masa akan saya ceritakan berkenaan alam bunian yang selama ini mungkin ada di antara kita tidak pernah terfikir keadaanya.saya pun taklah pandai sangat tentang alam ini ,sikit2 bolehla.
shamsul, di Mei 15th, 2008 pada 12:49 pm

Secara jujurnya banyak lg yg hendak saya ceritakan tentang alam bunian ni tp takut orang2 tidak mempercayainya.sebab saya dan mak saudara saya dah melaluinya dan sekarang mak saudara saya dapat mengubati pesakit yg mempunyai pelbagai penyakit hasil dari kunjungannya kealam tersebut.
shamsul, di Mei 20th, 2008 pada 2:23 pm

Saya cadangkan agar kawan Hikmatun dptkan rawatan di darul syifa,di situ sesuai.Pada pandangan saya penyakit kawan Hikmatun mungkin saka atau buatan orang menggunakan ilmu hitam/batin.Saudara Mahmud ada juga segelintir jin atau bunian yg boleh menjelmakan dirinya hanya org tertentu yg dpt melihatnya.
shamsul, di Jun 4th, 2008 pada 1:49 pm

Klu ke gunung Ledang atau Jerai jgn pegang,ambil atau sbgnye benda yg nampak pelik dan jgn sesekali menegur kerana disekeliling anda ada benda tu dan dgn kata senang anda dah hampir memasuki alam bunian.tp anda tidak nampak mereka tp mereka akan nampak anda.mungkin ada bau wangi skit tandanyer mereka ada disitu.saya pun sekarang ni asyik terdengar suara mereka memanggil datang kesana.selalunyer mereka yg hendak kerkawan dengan kite akan didengarkan suara2 begitu.samada mereka akan ambil saudara terus ataupun dipinjamkan sebentar diatas apa2 urusan.Dari pengalaman saya mereka ikhlas dan baik terhadap manusia.cuma kadang2 kite je yg takut terhadap mereka.x dinafikan ada jugak dikalangan mereka kafir mcm kita jugak di alam manusia.Sekiranya anda bernasib baik akan masuk jugak ke alam mereka dan anda akan tahu apa yg anda nak tahu di alam mereka.Ada x saper yg tahu lg tenteng alam mereka boleh kita kongsi bersama k.Di gunung Ledang di tingkat tiga x silap saya dekat dgn air terjun ada salah satu perkampungan mereka.klu bernasib anda akan nampak.
shamsul, di Jun 12th, 2008 pada 11:30 am

sekiranya saudara2 di bukakan hijab untuk melihat alam ghaib tentu saudara takut,cemas untuk melihatnya.ada betul juga cerita saudara ninja tersebut sbb benda2 ni saya biasa nampak x kira mlm atau siang kerana benda2 ni wujud dan ada sekeliling kita cuma kita saja yg x nampak selain dari bunian.
shamsul, di Ogos 21st, 2008 pada 12:42 pm

klu bunian yg baik lg beriman mereka akan layan kita sebaiknya (sekiranya kita terjumpanya)tp klu yg kafir tu yg bawak masalah .dan jgn sesekali menceroboh kawasan mereka kelak buruk padahnya,minta izin dahulu spt kita ingin memasuki rumah org.biarlah beradab.tgklah apa yang terjadi di sekolah tanjung lumpur kuantan baru-baru ini.masyarakat sekarang ni mana percayai sangat perkara-perkara mcmni.
shamsul, di Ogos 29th, 2008 pada 3:45 pm

Saya memang bercadang nak ke gunung ledang dan jerai,tp bkn sekarang.di gunung jerai ada sebuah telaga diberi nama pak sheikh dan sekiranya anda bernasib baik akan nampak sebuah surau kecil dimana surau ini selalu orang bunian gunakan untuk sembahyang dan sekiranya terdengar suara azan pasti mereka ada disitu.disitu juga terdapat sebuah kerajaan besar bunian.mereka mcm kita gak..mereka tiada raja cuma dipanggil peghulu bunian.sy dulu pernah dihadiahkan batu2 delima untuk dibuat ubat,kertas yg mengandungi ayat2 suci yg dialaskan dgn kain kuning,tasbih berwarna mutiara danlain2.tp sy x ambil.yg memberikan kepada sy adalah seorang tua berwajah sungguh cerah dan bercahaya memakai baju jubah berwarna putih sambil memegang tasbih.terpulanglah pada saudara2 nak percaya atau tidak.ini sekadar pengalaman sy.
shamsul, di Ogos 29th, 2008 pada 3:57 pm

Ada seorang ustaz dan pensyarah yang sedang membawa para pelajar2 orentasi secara tiba2 terdengar suara orang azan di salah sebuah gua di kota gelanggi dijerantut pahang.tempat itu selalu dikaitkan dengan orang bunian.pengalaman tersebut diceritakan selepas habis xtvt tersebut.disekitar kawasan tersebut sungguh bersih seperti ada orang yg menjaganya.sepanjang berada disitu tidak dibenarkan bercakap takbur kelak buruk padahnya.jd kepada sesiapa di kalangan saudara2 yg ingin merasai pengalaman tersebut silalah kesana, mana tahu nasib anda baik akan bertemu dengan orang bunian tersebut.
shamsul, di September 3rd, 2008 pada 4:12 pm

sebenarnya sy was-was nak ambil. lgpun x diberitahu penggunaanya kpd sy mengenai barangan tersebut .telaga tersebut ada di alam kt.gunung jerai ni besar mampukah saudara menjumpainye.ada pantang larangnye carilah guru untuk mengetahuinya.sy kurang berkebolehan dlm soal ini.
shamsul, di September 4th, 2008 pada 10:03 am
Utk diri sy seorang bolehla sy tengok alam mereka,tp jikalau ada orang lain yg mengikuti sy berkemungkinan orang tu tak akan dapat melihat alam mereka.Ini bukan sy membuat perjanjian dgn mereka tp itu adalah syaratnya .Klau sy sampai di gunung ledang seolah-seolah mcm ada orang menunjukkan jalan ke perkampungan mereka.Dan nasihat sy jikalau saudara-saudara ingin melihat alam mereka semasa berada di ledang atau jerai bawalah seseorang yg afir tentang mereka yg dapat membantu anda.
shamsul, di Februari 22nd, 2009 pada 9:08 pm

Dlm filem bunian tu rasanye byk x btk dr btl kot, bukan senang nak masuk alam mereka klu mereka x izinkan.klu nak cari spec btl2 orang bunian tu byk sgt yg direka2 cerita sekarang.kain yg dipakai oleh pelakon2 filem tu hampir sama dgn yg dipakai oleh org bunian tp gayanya berlainan.di alam mereka ada yg berpuak2 mcm kita jgk ada baik dan tidak,yg baik taat pada agama dan hidup bersaudara manakala yg kurang baik plak selalu ngaggu manusia2 spt menyesatkan mereka cthnye ketika manusia di hutan dsb.semasa sy ke alam mereka jika diberikan salam x penuh mereka tidakkan jawab sebaliknye mereka buat x tau jer.semasa di masjid mereka tgh mengaji al-quran pakaian semua sama kopiah dan masjid pun sama warna putih nampak bercahaya baunye seolah2 minyak atar yg lembut.baru2 ni saudara sy p gunung jerai disalah puncak tersebut ada terdpt satu taman bonsai termasuk kerusi dari pokok bonsai spt dijaga rapi tp awas tu kawasan mereka yg uruskan jgn buat sebarangan nanti dpt sakit .
Komen Oleh Wannie
wannie, di Oktober 12th, 2008 pada 3:59 am

saya bukan dari ugama isalam, tetapi saya ingin mengatakan nasib saya sama dengan merka yang lain ini. saya selama ini menang mahu mencari tempat saya menceritakan nasib saya. dari kecil saya telah pun dihuni oleh orang dari alam lain. saya tak berapa tahu tentang itu, kerana saya tak tahu tentang alam gaib atau jin. tetapi yang peliknya merka yang selalu menjaga saya ini ilah orang atas, seperti puteri. ini bukan cerita di dalam tv atau dibuat2 tetapi ini betul2 terjadi pada diri saya. dan hingga kini saya masih lagi bersekutu dengan meraka. meraka ini amat alim dankuat beriman kepada tuhan. yang selah sorang daripada meraka ialah adalah suami saya di alam gaib. namanya ialah DEWATA PURMA KANCANDA SANDORO. dari kayangan langit. dia yang sangat mencintai saya dan kami telah pun berkahwin dan ada menpunyai seorang anak di alam gaib. dia berugama isalam dan sangat alim, dan meraka di sana amat suci dan alam dari apapun yang meraka nama allah sentiasa dipuji, jauh dari mahluk manusia kealaman meraka. dan tempat tinggal meraka di buat dari pada emas. dan pakain meraka putuh bersih. dan yang saya ingin tanya kenapa saya dapat melihat meraka padahal saya bukan isalam. dan apa pehujung basib saya nanti?
Komen Oleh Rahimah
rahimah, di Mei 7th, 2009 pada 5:34 pm

boleh nak mencelah sikit.. saya ada nenek moyang dari bunian (kalau benarlah kata dia-dia itu org bunian yang meminjam tubuh manusia yg saya kenal). dia selalu suruh saya solat, baca quran dan taatkan suami supaya saya boleh masuk ke dalam . saya pernah disuruh ke Bukit Malawati untuk melihat dunia orang bunian.. tapi malangnya saya tidak dapat masuk tetapi gambar2 yang saya ambil di Bukit itu melalui digital camera, jelas terpampang gambar moyang saya yang sangat kacak, serta sanak saudara saya yang lain bagi saya selain dia tidak mengajar saya kesesatan, saya terima dia sebagai saudara saya.. makhluk tuhan juga. oh! dia cukup marah apabila saya katakan dia jin.. dia kata bunian tidak sama dengan jin. bunian adalah manusia biasa. di alam bunian ,jin islam menjadi hamba jin kafir diperangi habis2an kerana merebut dimensi bunian adalah minoriti di alam ghaib jadi mereka memang keras terhadap jin kerana tidak mahu ditindas oleh jin.. wallahualam.
Dan sini ada komen membina oleh Jamaludin69 dan aku tertarik dengan penjelasan beliau
Jamaludin69, Di November 1, 2008 pada 5:18 pm 

kita sebagai keturunan adam semua ada kelebihan keistimewaan yang diberi Allah yang dipanggil supernatural atau bakat semulajadi sejak dari bayi lagi ..hingga dapat menembus ke alam ghaib ,melihat dan memerintah segala makhluk ghaib termasuk jin,iblis ,bunian malaikat,binatang dan lainnya..kerana kita adalah khalifah yang diberi amanah memerintah langit dan bumi di atas dari segala makhluk ..namun itu terjadi jika kita amanah pada allah dengan memelihara iman dan sentiasa memebersihkan jiwa/nafsu..Bila telah bersih jiwa dengan sering dimandi dengan kalimah allah dan zikir zikir..maka kuatlah pula roh kita dan teranglah mata dalam kita hingga mampu melihat ke alam ghaib,syurga dan neraka..Bila telah bersih maka tunduklah kitaa pada allah,,bila nafsu telah tunduk pada allah..maka tunduk dan patuhla segala makhluk pada kita..itulah khalifah namanya bila nafsu/jiwa kita kotor maka engkarlah kita kepada kebesaran allah dan sifat ketuhahan sifat.hingga jadilah manusia itu syaitan yang paling nyata dan sejahat jahat makhluk lebih dari jin,iblis,bunian dan syaitan..hinnga wujudlah iblis,jin,bunian kafir dari sifat murka allah iaitu Al Muzill yang merendah,menghina dan membinasakan hambanya..dan mengganggu ,merosakan dan menzalimi mereka dengan kedatangan pelbagai gangguan danpenyakit misteri akibat dari jin dan iblis ..kerana telah lemahlah iman dan jiwa mereka kepada kebesaran tuhannya hingga datang kesedaran,insaf dan taubat terhadap Allah..barulah hilang atau pudar segala kejahatan/gangguan jin dan syaitan
Sungguh indah ciptaan Allah s.w.t. Ini baru mengenai jin belum lagi Syurga ciptaan-Nya.
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi, Dan naungan yang terbentang luas, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula dilarang mendapatnya, Dan tempat-tempat tidur yang tebal (lagi empuk). Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka (bidarari-bidari itu) dengan ciptaan istimewa (tanpa melaui proses kelahiran terlebih dahulu), Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya umurnya. Surah Al-Waqi’ah Ayat 29-37
Sampai disini dahulu semoga mendapat manfaat dari kongsian saudara-saudara kita. Amin. Assalamualaikum.

ramadhan 2010 : Benarkah ??


Bismillahhirrahmanirrahim…

Cuba kira… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari jumaat, jadi3 August 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat. Sama dengan hadis nabi tentang huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadhan di bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, dan tentang satu suara yang amat dahsyat yang akan kita dengar di langit, bukan kiamat tapi satu huru-hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas di permukaan bumi ni) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu… ALLAH sahaja maha mengetahui… Cuba kita lihat hadis nabi di bawah ini dan kenyataan pasal kalender islam 2012…
Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:


Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.
UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES
2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 – September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 – November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010
2011 Calendar

Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 – August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 – November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011
2012 Calendar

Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 – August 18, 2012

Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 – October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012
Islamic Calender 2012

Wallahua'lam..

Kelebihan Membaca Selawat

Ada banyak kelebihan selawat itu jika diamalkan secara ikhlas. Selawat adalah salah satu kaedah yang telah Allah SWT ajar kepada kita untuk menyelesaikan kemelut nafsu Ammarah dan Lawwamah.
Nabi Adam a.s. manusia pertama di dunia, juga menyelesaikan kemelutnya ketika dikeluarkan daripada Syurga, iaitu bertawassul dengan menggunakan nama Nabi Muhamad SAW. Apabila Nabi Adam a.s. tercampak ke dunia, selama empat puluh tahun, baginda menangis memohon keampunan daripada Allah Taala.
Setelah diketemukan semula baginda dengan isterinya Hawa, iaitu di Jabal Rahmah, Adam a.s. dibuka kasyafnya oleh Allah Taala untuk melihat perkataan. Perkataan ini dilihat oleh Nabi Adam a.s tertera di tiang arash Syurga. Dengan menggunakan kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhamad SAW, Adam a.s. memohon keampunan daripada Allah sambil mengucap dua kalimah syahadah ini.


Allah Taala kemudiannya mengampunkan Nabi Adam a.s. Contoh lain ialah kisah Qabil dan Habil (anak Nabi Adam a.s). Ketika Qabil yang telah membunuh saudara kandungnya Habil, sedang ditenggelamkan oleh Allah SWT hingga ke paras pinggang ke dalam tanah, tiba-tiba teringat dia akan pengalaman ayahnya iaitu Nabi Adam a.s. lalu Qabil bertawassul dengan kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhamad SAW, sehingga azabnya diringankan daripada ditelan bumi kepada dicampakkan sahaja di tengah-tengah padang pasir.
Antara Kelebihan Membaca Selawat adalah:
  1. Para Malaikat akan berselawat pula ke atas pembaca selawat itu dan Allah akan menurunkan rahmatNya.
  2. Allah akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya mereka yang berselawat 500 kali sehari, insya Allah akan memperoleh kemenangan dan keselamatan selamanya.
  3. Akan terhapus sifat marah dan terjauh dari bala bencana menjadi kekasih kepada kekasih Allah.
  4. Terhindar daripada mengalami kesukaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Mendapat rezeki yang berkat, berhasil hajatnya dan terlindung daripada bala bencana.
  5. Mendapat syafaat di dunia dan di akhirat.
  6. Allah akan menggandakan limpah kurnia serta Rahmat kepadaNya orang tersebut.
  7. Akan beroleh syafaat kepada Rasulullah padahari kiamat kelak.
  8. Satu kali selawat yang dibacakan, Allah akan membacakan untuknya sebanyak sepuluh kali.
  9. Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput di dalam dada.
  10. Membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah SAW.
  11. Mewariskan kecintaan Rasulullah SAW pada umatnya.
  12. Memantapkan iman di dalam dada.
  13. Malaikat juga akan membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah SAW.
  14. Seseorang itu akan terpelihara dan terselamat dari segala apa yang mendukacitakan atau yang merbahaya dari hal-hal keduniaan mahupun akhirat.
  15. Kedudukannya di akhirat kelak ia sentiasa hampir di sisi Rasulullah SAW walau di mana saja baginda berada.



Wallahua’lam...

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 perkara

Remember !! (tuk sy jga)





Sahaja duduk minum nescafe sambil menghayati kek makcik mana tah bagi tadi, tiba-tiba terdengar rancangan Astro Oasis di ceramah oleh Professor Madya Dr. (nama sorry dah lupe). Cukup ini sahaja menginsafkan diri saya:
Jika mati hari ini, apakah yang perlu ditimbang?

Berbicara tentang Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara tentu umum sudah tahu perkara tersebut.
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati
Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.
1. Sihat sebelum sakit – Semasa sihatlah kita boleh mencari rezeki, mencari ilmu, lakukan ibadat, jika sudah sakit adalah sukar untuk melakukan semua ini. Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan orang-orang di sekeliling kita semasa masih sihat.
2. Muda sebelum tua – waktu kita muda inilah saatnya kita perlu berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban kepada Maha Pencipta, kelak bila kita tua tidak lagi memikirkan hal duniawi. Selagi ada masa, buat…jangan duduk diam sahaja, cari selagi boleh cari! carilah mahupun harta, ilmu dan ibadat. Nanti dah tua sudah terlambat. Cepat kita bermula, cepat kita berjaya.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu kaya berharta itulah kita boleh menolong orang yang lebih susah daripada kita kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan kita menghadapNya nanti. Ingatlah kekayaan itu hanyalah pinjaman kita kepadaNya. Allah boleh tarik bila-bila sahaja.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu kita masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman bersama manusia.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup,  semua 4 perkara di atas adalah masa yang boleh kita lakukan.. bila telah tiada nanti kita hanya menanti amal soleh, sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi kita.







Sebagai insan yang lemah dan sentiasa melakukan kesilapan, saya hanya boleh berkongsi dan menyampaikan kepada anda dan tentunya kepada diri saya sendiri, mungkin definasi saya tidak sama dengan anda, apa-pun definasinya, renungkan dan fikir-fikirkanlah. 


Kisah Tauladan – Aku, Lim dan Islam


Dirinya mndpt Ilmu dn Cahaya .


Salam,
Kiriman seorang rakan di email buat renungan kita bersama.
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.
kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.
Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’ , semuanya kami kongsi bersama-sama. Apayang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.
20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.
maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. ” He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
….Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?…
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia , negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolongbangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?
Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.
Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
Semuga kita dapat mengambil iktibar daripada cerita ini…

2010/11/17

Berbulan Madu Dengan Bidadari Syurga





Pada zaman Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam hiduplah seorang pemuda yang bernama Zahid yang berumur 35 tahun namun belum juga menikah. Dia tinggal di Suffah masjid Madinah. Ketika sedang memperkilat pedangnya tiba-tiba Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam datang dan mengucapkan salam. Zahid kaku dan menjawabnya agak gugup.

"Wahai saudaraku Zahid….selama ini engkau sendiri saja," Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyapa.

"Allah bersamaku ya Rasulullah," kata Zahid.

"Maksudku kenapa engkau selama ini engkau membujang saja, apakah engkau tidak ingin menikah…," kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Zahid menjawab, "Ya Rasulullah, aku ini seorang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan wajahku hodoh, siapa yang mahu akan diriku ya Rasulullah?"

" Asal engkau mahu, itu urusan yang mudah!" kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan sekretarisnya untuk membuat surat yang isinya adalah melamar kepada wanita yang bernama Zulfah binti Said, anak seorang bangsawan Madinah yang terkenal kaya raya dan terkenal sangat cantik jelita. Akhirnya, surat itu dibawa ke rumah Zahid dan ia diserah sendiri oleh Zahid ke rumah Said. Disebabkan di rumah Said sedang ada tetamu, maka Zahid setelah memberikan salam kemudian memberikan surat tersebut dan diterima di depan rumah Said.

"Wahai saudaraku Said, aku membawa surat dari Rasulullah yang mulia diberikan untukmu saudaraku."

Said menjawab, "Adalah suatu kehormatan buatku."

Lalu surat itu dibuka dan dibacanya. Ketika membaca surat tersebut, Said agak terperanjat karena tradisi Arab perkawinan yang selama ini biasanya
seorang bangsawan harus kawin dengan keturunan bangsawan dan yang kaya harus kawin dengan orang kaya, itulah yang dinamakan SEKUFU.

Akhirnya Said bertanya kepada Zahid, "Wahai saudaraku, betulkah surat ini dari Rasulullah?"

Zahid menjawab, "Apakah engkau pernah melihat aku berbohong…."

Dalam suasana yang seperti itu Zulfah datang dan berkata, "Wahai ayah, kenapa sedikit tegang terhadap tamu ini…. bukankah lebih baik dijemput masuk?"

"Wahai anakku, ini adalah seorang pemuda yang sedang melamar engkau supaya engkau menjadi istrinya," kata ayahnya.

Disaat itulah Zulfah melihat Zahid sambil menangis sejadi-jadinya dan berkata, "Wahai ayah, banyak pemuda yang tampan dan kaya raya semuanya
menginginkan aku, aku tak mau ayah…..!" dan Zulfah merasa dirinya terhina.

Maka Said berkata kepada Zahid, "Wahai saudaraku, engkau tahu sendiri anakku tidak mau…bukan aku menghalanginya dan sampaikan kepada Rasulullah bahawa lamaranmu ditolak."

Mendengar nama Rasulullah disebut ayahnya, Zulfah berhenti menangis dan bertanya kepada ayahnya, "Wahai ayah, mengapa membawa-bawa nama rasul?"

Akhirnya Said berkata, "Lamaran ke atasmu ini adalah perintah Rasulullah."

Maka Zulfah istighfar beberapa kali dan menyesal atas kelancangan perbuatannya itu dan berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah, kenapa sejak tadi ayah berkata bahawa yang melamar ini Rasulullah, kalau begitu segera aku harus dinikahkan dengan pemuda ini. Kerena ingat firman Allah dalam
Al-Qur'an surah An Nur 24 : Ayat 51. "Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan. Kami mendengar, dan kami patuh/taat". Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Surah An Nur ayat 51)"

Zahid pada hari itu merasa jiwanya melayang ke angkasa dan baru kali ini merasakan bahagia yang tiada taranya dan segera melangkah pulang. Sampai di masjid ia bersujud syukur. Rasulullah yang mulia tersenyum melihat gerak-gerik Zahid yang berbeda dari biasanya.

"Bagaimana Zahid?"

"Alhamdulillah ia diterima ya Rasulullah," jawab Zahid.

"Sudah ada persiapan?"

Zahid menundukkan kepala sambil berkata, "Ya Rasulullah, kami tidak memiliki apa-apa."

Akhirnya Rasulullah menyuruhnya pergi ke Abu Bakar, Uthman, dan Abdurrahman bin Auf. Setelah mendapatkan wang yang cukup banyak, Zahid pergi ke pasar untuk membeli persiapan perkawinan. 
Dalam keadaan itu jugalah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyeru umat Islam untuk menghadapi kaum kafir yang akan menghancurkan Islam.

Ketika Zahid sampai di masjid, dia melihat kaum Muslimin sudah siap-siap dengan kelengkapan senjata, Zahid bertanya, "Ada apa ini?"

Sahabat menjawab, "Wahai Zahid, hari ini orang kafir akan menghancurkan kita, maka apakah engkau tidak mengetahui?" .

Zahid istighfar beberapa kali sambil berkata, "jika begitu kelengkapan nikah ini akan aku jual dan akan ku beli kuda yang terbaik."

Para sahabat menasihatinya, "Wahai Zahid, nanti malam kamu berbulan madu, tetapi engkau hendak berperang?"

Zahid menjawab dengan tegas, "Itu tidak mungkin!"

Lalu Zahid menyitir ayat sebagai berikut, "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu daripada cintakan Allah dan Rasul-Nya (dengan) berjihad di jalan-Nya. Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (Surah At Taubah ayat 24).

Akhirnya Zahid (Aswad) maju ke medan pertempuran dan mati syahid di jalan Allah.

Rasulullah berkata, "Hari ini Zahid sedang berbulan madu dengan bidadari yang lebih cantik daripada Zulfah."

Lalu Rasulullah membacakan Al-Qur'an;
"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Surah Ali Imran ayat 169-170).

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi
kamu tidak menyadarinya. " (Surah Al Baqarah ayat 154).

Pada saat itulah para sahabat menitiskan air mata dan Zulfah pun berkata, "Ya Allah, alangkah bahagianya calon suamiku itu, jika aku tidak dapat mendampinginya di dunia, maka izinkanlah aku mendampinginya di akhirat."

HIKMAH
Mudah-mudahan bermanfaat dan boleh menjadi renungan buat kita bahwa, "Untuk Allah di atas segalanya dan mati sebagai as syuhada." Jazakumullah..