2010/12/02

Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah 
minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung
 dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah
sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup
 dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan
seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir
dan do’a.
· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya
 di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma
Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau
telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR
Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
· untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri
atau takabur.
· Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa
seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa
Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal,

perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
· Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan
demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Assalamua’laikum wr wb………. ..
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah
tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1 – Niat Sembahyang :


Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul :

Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita

 di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram :


Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam
kubur.
4 – Fatihah :


Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’ :


Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal :


Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar
 ketika didalam kubur.
7 – Sujud :


Memagar kita ketika menyeberangi titian 
SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud :


Akan menaung panji-panji nabi
 kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :


Menjadi kenderaan ketika kita dipadang 
Mahsyar.
1 0 – Tahhiyat Akhir :

Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan 

oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.
11 – Selawat Nabi :


Sebagai pendinding api neraka 
di dalam kubur.
12 – Salam :


Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib :


Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Soalan Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya
lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”


Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 =  Bumi 
“Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
Imam Ghazali = ” Apa yang palin berat didunia “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi 
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri “

* Iman..*