2011/01/29

| Doa Rasulullah SAW |


Dari Syahr bin Hausyab r.a., ia berkata: "Aku bertanya kepada Ummu Salamah: "Ya Ummul Mukminin, doa apa yang paling sering diucapkan oleh Rasulullah SAW ketika beliau berada di rumahmu?" Ummu Salamah berkata: "Doa yang paling sering beliau baca adalah, "Yaa muqallibal qulub tsabbit qalbi' ala diinika" (Wahai dzat yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu) ".
(HR. At-Tirmidzi)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin al-'Ash r.a. ia berkata: Bahawa ia pernah mendengar Rasulullah SAW berdoa: "Allahumma musharrifal quluubana'ala thaa'atika" (Wahai Yang mengarahkan hati, arahkan hati kami kepada ketaatan-Mu)"
(HR. Muslim)

Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa doa yang paling banyak dibaca Rasulullah SAW adalah "Allahumma aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa adzaabanar" (Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharakanlah kami dari azab naar".
(HR. Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud r.a., bahawa Nabi SAW beliau berdoa: "Allahumma inni asalukal huda wat tuqa wal 'afaafa wal ghina" (Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu hidayah, ketaqwaan, kesucian dan kecukupan) ".
(HR. Muslim)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...syukran kerana berkongsi ilmu ini...

('_^)

Siti Nr Syahira ●̮̮̃• berkata...

waalaikumussalam wbt. 'afwan ukhtiku syg :)