2010/12/06

:: Ak!bat.melEwatKan S0laT ! ::

''m0ga diri kita khusyuk dlm melakukan ibadah kpdNya..insyaAllah.."



Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea.
 Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang
 ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya.
Kisahnya.... -.

Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada
 Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol disetiap
lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika 
sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada
"jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya ...

MasyaAllah.. -.



Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan 
amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi
penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang
 tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen
kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua.


Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan.. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu
dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan
kita pada Tuhan.


Dilangit ketiga, La.. kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat
 hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita.
Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi.


Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah- olah kita tak
 sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa.
 Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak
sampai. Dahlahtu takde nilai, kena azab lagi nanti
.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun 
Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu.
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia
 agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak. Amin.
Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu, dan waktu solat 
asar hampir dengan azan maghrib ...ataupun yang sengaja
meninggalkan solat...ataupun dan biasa tinggal solat... emel nie sesuai utk 
direnungi .....

*tuk penulis khususnyeee~~*

Tiada ulasan: