2010/11/03

Haram-membaca-al-quran-dengan-tujuan meminta sedekah



http://4.bp.blogspot.com/_ik6XLPbkeOc/TD01LKacFNI/AAAAAAAABxo/sX_VhzUTPD4/s1600/baca.jpg
Membaca quran dgn tujuan untuk meminta sedekah adalah diharamkan dan juga haram memberi wang kepadanya. Ini berdasarkan dua hadis berikut:

1. Imran bin Husain r.a lalu pd org yg membaca al-quran dan meminta wang drpd org ramai; lalu beliau mengucapkan Istirja' (إنا لله وإنا إنا إليه راجعون)dan berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

من قرأ القرآن فليسأل الله به فإنه سيجيء أقوام يقرأون القرآن يسألون به الناس
Maksudnya: Sesiapa yang membaca al-Quran hendaklah dia minta ganjaran pd Allah; Maka sesungguhynya akan datang sekelompok manusia yg membaca al-Quran untuk meminta duit kpd manusia. (HR Tirmizi).

2.Nabi bersabda:

من قرأ القرآن يتأكل به الناس جاء يوم القيامة ووجهه عظم ليس عليه لحم
"Sesiapa yg membaca al-Quran dgn tujuan utk meminta habuan dunia dr manusia ; maka dia akan datang pd hari kiamat dlm keadaan mukanya hanya tinggal tulang tak berdaging."(HR Baihaqi)

Tiada ulasan: