2010/11/20

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 perkara

Remember !! (tuk sy jga)





Sahaja duduk minum nescafe sambil menghayati kek makcik mana tah bagi tadi, tiba-tiba terdengar rancangan Astro Oasis di ceramah oleh Professor Madya Dr. (nama sorry dah lupe). Cukup ini sahaja menginsafkan diri saya:
Jika mati hari ini, apakah yang perlu ditimbang?

Berbicara tentang Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara tentu umum sudah tahu perkara tersebut.
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati
Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.
1. Sihat sebelum sakit – Semasa sihatlah kita boleh mencari rezeki, mencari ilmu, lakukan ibadat, jika sudah sakit adalah sukar untuk melakukan semua ini. Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan orang-orang di sekeliling kita semasa masih sihat.
2. Muda sebelum tua – waktu kita muda inilah saatnya kita perlu berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban kepada Maha Pencipta, kelak bila kita tua tidak lagi memikirkan hal duniawi. Selagi ada masa, buat…jangan duduk diam sahaja, cari selagi boleh cari! carilah mahupun harta, ilmu dan ibadat. Nanti dah tua sudah terlambat. Cepat kita bermula, cepat kita berjaya.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu kaya berharta itulah kita boleh menolong orang yang lebih susah daripada kita kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan kita menghadapNya nanti. Ingatlah kekayaan itu hanyalah pinjaman kita kepadaNya. Allah boleh tarik bila-bila sahaja.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu kita masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman bersama manusia.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup,  semua 4 perkara di atas adalah masa yang boleh kita lakukan.. bila telah tiada nanti kita hanya menanti amal soleh, sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi kita.







Sebagai insan yang lemah dan sentiasa melakukan kesilapan, saya hanya boleh berkongsi dan menyampaikan kepada anda dan tentunya kepada diri saya sendiri, mungkin definasi saya tidak sama dengan anda, apa-pun definasinya, renungkan dan fikir-fikirkanlah. 


Tiada ulasan: